Dominica Culture Journal
SEE OTHER BRANDS

Top culture and lifestyle news from Dominica

Cloudera Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Penilaian Vendor IDC APAC MarketScape bagi Platform AI Bersatu 2025

Pengiktirafan ini menyerlahkan kekuatan syarikat dalam aspek tadbir urus, keselamatan dan inovasi

SINGAPURA, Sept. 13, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membawa AI kepada data di mana-mana sahaja, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Peneraju dalam penilaian vendor IDC APAC MarketScape bagi Platform AI Bersatu 2025. IDC menekankan keupayaan Cloudera dalam menyampaikan platform menyeluruh yang mengintegrasikan AI generatif terkini dan aliran kerja berasaskan agen, disertakan dengan tadbir urus, keselamatan dan ciri operasi bertaraf perusahaan.

“Dinobatkan sebagai peneraju oleh IDC merupakan satu pencapaian penting yang mengesahkan visi kami untuk membawa AI kepada data di mana-mana sahaja,” kata Remus Lim, Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik dan Jepun di Cloudera. “Kini, organisasi menghadapi cabaran berganda untuk mempercepatkan inovasi sambil mengekalkan kepercayaan dan pematuhan peraturan. Cloudera berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu organisasi mencapai kedua-dua matlamat tersebut, dengan menyediakan tahap ketelusan, keselamatan dan kebolehskalaan yang diperlukan bagi penerapan AI generatif dan agentik secara bertanggungjawab pada skala besar.”

Platform Cloudera dibangunkan untuk membantu organisasi meningkatkan skala AI yang bertanggungjawab dalam persekitaran yang sangat terkawal dan kompleks, serta menyokong industri seperti perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kerajaan. IDC telah mengenal pasti kekuatan Cloudera dalam:

  • Tadbir Urus dan Keselamatan: Rangka kerja yang kukuh dengan dasar terperinci, jejak audit dan penjajaran pematuhan yang mantap.
  • AI Operasi & Aliran Kerja Agentik: Keupayaan hujung ke hujung yang merangkumi kejuruteraan data, MLOps/LLMOps, orkestrasi AI generatif dan aliran kerja agentik dengan ciri pemerhatian terbina dalam.
  • Inovasi & Ekosistem: Keupayaan yang diperluaskan melalui pemerolehan strategik (Verta, Octopai, Taikun) dan kerjasama terancang dengan NVIDIA, Cohere, Anthropic, Mistral, AWS (Bedrock), Dell dan CrewAI.
  • Kebolehaksesan: AI Studios berasaskan kod rendah/tanpa kod yang membolehkan pengguna teknikal dan perniagaan membina, melancarkan dan mengurus AI dengan lebih pantas.

Setiap perusahaan kini berdepan tekanan untuk memanfaatkan AI tanpa menjejaskan kepercayaan, keselamatan atau pematuhan. Daripada institusi kewangan yang melindungi data sensitif hinggalah kepada penyedia penjagaan kesihatan yang menerapkan AI secara bertanggungjawab, organisasi memerlukan platform yang mampu mengimbangi kepantasan dengan kawalan. Pengiktirafan IDC menunjukkan bahawa Cloudera adalah antara pilihan terkemuka dalam menyampaikan keseimbangan tersebut.

Cloudera terus melabur secara besar-besaran dalam R&D, dengan hampir separuh tenaga kerjanya di peringkat global ditumpukan kepada kejuruteraan. Pengiktirafan ini diberikan berikutan fasa inovasi pesat oleh Cloudera, yang merangkumi pelancaran Cloudera AI Workbench untuk membina dan melancarkan agen AI, Cloudera AI Inference bagi penerapan GenAI berskala besar yang kos-efisien, serta peluasan keupayaan tadbir urus bagi menjamin pematuhan dan ketelusan sepanjang kitar hayat AI. Pemerolehan strategik seperti Verta (AI operasi), Octopai (penjejakan data automatik) dan Taikun (pengurusan infrastruktur berasaskan awan) telah mempercepatkan lagi keupayaan Cloudera untuk menyampaikan AI kepada data di mana sahaja.

IDC MarketScape menilai para penyedia berdasarkan keupayaan dan strategi mereka, sekali gus memberikan perusahaan pandangan menyeluruh tentang pasaran platform AI yang berkembang pesat. Laporan penuh tersedia di sini.

Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang big data, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan menegaskan kawalan ke atas 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus memperkukuh keselamatan, tadbir urus serta menyampaikan cerapan ramalan masa nyata. Jenama terbesar dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mentransformasikan proses membuat keputusan, sekali gus meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, malah menyelamatkan nyawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Penafian: Penilaian penyedia oleh IDC MarketScape bertujuan untuk memberikan gambaran umum tentang daya saing pembekal teknologi dan perkhidmatan dalam pasaran tertentu. Kajian ini menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif, yang menghasilkan satu ilustrasi grafik tunggal sekali gus menunjukkan kedudukan setiap pembekal dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka kerja yang jelas untuk membandingkan secara bermakna tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi serta faktor kejayaan pasaran semasa dan masa depan bagi para pembekal teknologi. Rangka kerja ini membolehkan pembeli teknologi mendapatkan penilaian menyeluruh 360 darjah terhadap kekuatan dan kelemahan pembekal sedia ada serta berpotensi.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions